Episodi

  • Country-led design in Australian cities: what is it and why does it matter? - Penyataan Elemen Warisan Warga Asli Dalam Reka Bentuk Ruang Dan Bangunan Di Australia
    Nov 14 2024
    Country is the term at the heart of Australian Indigenous heritage and continuing practices. The environments we are part of, carry history spanning tens of thousands of years of First Nations presence, culture, language, and connection to all living beings. So, how should architects, government bodies and creative practitioners interact with Indigenous knowledge when designing our urban surroundings? - Di setiap pelusuk benua Australia wujud suatu penyataan dalam ruang yang dibina yang mencerminkan sejarah dan warisan kaum orang asli negara ini. Persoalan yang kini timbul, apakah jurubina, arkitek dan agensi kerajaan seharusnya berinteraksi dan mengadakan dialog dengan warga pertama negara ini di peringkat awal sesuatu pembangunan bagi memastikan penyataan dan pengekspresan warisan kaum orang asli wujud dalam reka bentuk ruang yang dibina?
    Mostra di più Mostra meno
    13 min
  • Datuk Zaiton Othman Terus Memperjuangkan Prestasi dan Martabat Arena Sukan Negara
    Nov 7 2024
    Dalam arena sukan di Malaysia wujud beberapa jaguh dan juara yang sememangnya layak dianggap wira dan lagenda negara. Antaranya, bersinar kejaguhan seorang olahragawati yang begitu hebat sekali ketika zaman kegemilangannya sepanjang dekad ke-70 dan 80an dalam acara heptathlon, sehingga digelar, the "Iron lady". Olahragawati ini berjaya memecah rekod heptathlon di Sukan SEA di Manila pada 1981 dan setahun kemudian dikurniakan anugerah Olahragawati Kebangsaan 1982. Walaupun kini telah meninggalkan gelanggang sukan secara professional, jaguh dan wira sukan ini terus bertekad memajukan dunia sukan tanahair. Ikuti temubual Zaini Ahmad dengan Datuk Zaiton Othman untuk mengetahui apakah yang mendorong beliau sehingga mencapai kecemerlangan dalam dunia sukan yang serba kompetitif.
    Mostra di più Mostra meno
    24 min
  • The impacts of First Nations tourism - Pelancongan Warga Pertama Australia Dan Kesannya Terhadap Warisan, Budaya Serta Ekonomi
    Nov 1 2024
    Are you seeking a truly impactful Australian travel experience? Whether you’re seeking wilderness, food, art or luxury, there are plenty of First Nations tourism adventure that you can explore, led by someone with 65,000 years of connection to this land. Not only will you deepen your experience, but you’ll help drive cultural and economic opportunities for First Nations communities. - Apakah anda ingin menikmati pengembaraan atau percutian yang benar-benar menawarkan pengalaman jati Australia? Tak kira sama ada anda gemari pengembaraan di hutan rimba atau menikmati sajian dan hidangan tempatan, kesenian atau percutian mewah, pengalaman Pelancongan Warga Pertama Australia atau First Nation Tourism menawarkan pelbagai pilihan. Dan kesemuanya dikendalikan oleh pemandu pelancong warga kaum asli yang mempunyai kaitan dengan bumi Australia sejak 65-ribu tahun lalu. Menyertai pelancongan warga pertama Australia turut menyumbang terhadap pembangunan dan perkembangan budaya dan ekonomi kaum orang asli negara ini
    Mostra di più Mostra meno
    13 min
  • Keengganan Mengaku Kalah Serta Keinginan Menimba Ilmu Mendorong Dr Raja Yasmin Terhadap Kejayaan
    Oct 22 2024
    Kejayaan seseorang itu lazimnya boleh diukur bukan setakat tahap kecemerlangan yang tercapai, sebaliknya turut dihitung dari kegagalan yang diharungi. Apa yang penting, tak kira berapa kali seseorang itu gagal, semangat serta ketabahan hati untuk mencuba sekali lagi seharusnya dipuji. Inilah pegangan seorang warga Malaysia berasal dari Ipoh, Perak, yang berjaya mencipta nama dalam bidang motivasi, kejurulatihan dan mentorship di Melbourne, Australia. Malahan kejayaan itu melihat beliau dianugerahkan sebagai "The Australian Coach of The Year" pada tahun 2019 oleh Institut Jurulatih Australia, menewaskan 7,000 jurulatih yang lain. Ikuti perbualan Zaini Ahmad dengan Dr Raja Yasmin untuk mengetahui perjalanan hidup beliau sejak berhijrah ke Australia dan apakah yang menjadi motivasi untuk beliau terus mengejar kejayaan.
    Mostra di più Mostra meno
    17 min
  • #71 Talking about being scammed (Med) - #71: Pelajari Bagaimana Untuk Bercakap Mengenai Penipuan (Med)
    Oct 9 2024
    Learn how to communicate about suspicious messages and scams. - Pelajari bagaimana untuk memaklumkan kepada rakan dan pihak berkuasa sekiranya anda menerima pesanan atau tawaran yang mencurigakan.
    Mostra di più Mostra meno
    14 min
  • Indigenous astronomy: How the sky informs cultural practices - Pemahaman Astronomi: Bagaimana Ilmu Falak Mempengaruhi Amalan Kehidupan Dan Warisan Warga Pertama Australia
    Sep 30 2024
    Astronomical knowledge of celestial objects influences and informs the life and law of First Nations people. - Pemahaman peredaran cakerawala mempengaruhi amalan kehidupan, budaya dan warisan Warga Pertama Australia.
    Mostra di più Mostra meno
    11 min
  • Mencari Yang Halal: Le Feu Oasis Menyajikan Masakan Vietnam Bebas Daging Khinzir
    Sep 30 2024
    Bagi warga Melayu di Australia, mencari makanan halal adalah perkara biasa yang sentiasa perlu dilakukan. Lebih-lebih lagi apabila mencari restoran yang menyajikan makanan halal. Lazimnya, sajian restoran dari rantau Indochina, termasuk Vietnam, mengandungi bahan yang tidak boleh dimakan oleh umat Islam. Namun, di subbandar Springvale, lebih kurang 30 kilometer dari pusat bandar Melbourne, terdapat sebuah restoran Vietnam yang menawarkan menu 100% bebas daging khinzir yang digemari ramai. Zaini Ahmad dari SBS Bahasa Melayu mencuba beberapa sajian halal yang ditawarkan oleh Restoran Vietnam, Le Feu Oasis.
    Mostra di più Mostra meno
    8 min
  • Ulung Kalinya, Kemerdekaan Malaysia Dianjurkan Oleh Tiga Warga Melayu Membuktikan Semangat Malaysia Boleh!
    Sep 12 2024
    Setiap tahun, Kemerdekaan Malaysia disambut secara rasmi di Australia oleh wakil kerajaan Malaysia di negara ini. Di Victoria, acara sambutan rasmi dianjurkan oleh Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne. Walaupun warga Malaysia telah berhijrah ke negara ini sejak beberapa dekad lalu, di Melbourne, inilah ulung kalinya sambutan sebegini dijayakan oleh warga Melayu tersendiri. Tiga rakan karib, iaitu pasangan suami isteri, Mohamad Kamal Ismail dan Solsila Abu Samah, disertai, Zahari Afendi, tahun ini berjaya menganjurkan Pesta Piala Merdeka 2024. Zaini Ahmad berpeluang meninjau pesta meriah sepanjang hari ini yang berlansung di Tatterson Park, Keysborough.
    Mostra di più Mostra meno
    8 min